Sunday, 26 June 2016

Senyumlah buatku

I met someone, apparently she is a woman, a lady, a girl maybe. When I looked at her face, I found something familiar, something I had long ago, something I forgot that I have it with me. It was a "smile", the sweetness of smile that I've lost it long ago, a smile that has been forgotten and a smile that I hate to show even if I had a chances to do so.

But now, I've seen it again, I found it, a smile that I've lost long ago. Since then, I tried to find it back through her.

^Malay^
Melihat dia juga dapat menyejukkan hati aku ini, acapkali juga ia memberi semangat pada aku untuk bangkit semula, biarpun aku sudah beberapa kali jatuh, ya aku jatuh tersungkur dalam arena kegagalan, aku malu akan diriku, aku resah akan diriku, gelisah akan kelemahan ku. Terkadang aku merasa kecewa akan diriku sendiri. Lalu aku terlihat senyuman yang lama sudah tidak ku lihat, membuatkan hari yang gelap kembali menjadi cerah, ya indah sungguh saat itu.

Dia muncul, dia perkenal dirinya. Ini bukan perkara biasa yang dapat dilihat dimana- mana kaca television. Bagi aku, ia memberi aku semangat baru untuk terus bangkit. Ya bangkit terus maju.

Aku tidak tahu, sama ada ini adalah perasaan atau hanya sandaran bersahaja. berkali aku melihat senyuman itu, berkali juga aku melihat ketawa itu, kemanisan dalam kegembiraan yang telah lama hilang sejak kehilangan orang tersayang dalam hidup aku. Ya dia mengembalikannya, kembalikan yang mana sudah tidak ku ingati. Namun apakah dia mrngetahui akan diriku? Atau aku hanyalah bersandarkan pikiranku ini dalam melihat dirinya.

Aku mengharap dapat mengetahuinya, mengetahui akan budi dirinya. Namun apakah layak untuk aku terokai dirinya? Siapalah aku, arghh sudahlah bermadah ayu zafran, orang sepertimu mana mungkin dipandang dia. Kau sepertinya kumbang yang hinggap di pohon- pohon lama. Sedang dia itu bunga yang mekar disinggahsana raja. Tiadalah status dirimu itu dalam kehidupan ini. Berhenti sajalah.

Ya aku hampir sahaja mengalah, hampir sahaja aku berfikir apakah layak untuk aku mengenali diri dia, siapa aku pada matanya?, mungkin dia berfikir yang aku ini lelaki gatal yang hanya mahukan itu dan ini. Ya aku letakkan harapan yang rendah dalam mengenali dirinya. Mungkin suatu hari nanti dia akan memarahi aku asbab diri aku yang terus sahaja menganggu dia. Menganggu dalam banyak perkara sehingga dia tidak mera selesa dengan apa yang sedang aku lakukan, dan disuatu masa dia membenci aku, aku perlu menerimanya. Siapa kau pada dia, kau hanya lelaki biasa yang tidak punya apa, tiada keistimewaan untuk kau pamerkan bagi mengagumi dia. Berhentilah zafran. Berhenti.

Akan tetapi, hati ini minat dalam mengetahui dia, senyuman dia bangkitkan diri aku untuk terus berjuang, apakah perlu aku berhenti mengenali dia? Aku risau yang dia berkemungkinan akan berhenti berbicara dengan aku. Ya terkadang aku ini sedikit sebanyak menganggu dia. Apakah dia tidak mengetahui akan kebenaran diriku? Aku bukan seorang yang bersengaja dekati wanita tanpa sebab, dia ya dia memberikan senyuman supaya aku terus berjalan, mana mungkin aku berhenti.

Terkadang aku ditanya, apakah bosan berbicara dengannya. Aku katakan tidak, ya tidak walau sekali aku dilema kebosanan. Malahan aku merasa keseronokan, seronoknya mengenal dia, seronok juga mengetahui akan dirinya. Akan apa, siapa, dimana, dan berapa perkara diminatinya. Aku tidak bosan, malah aku menyukainya, suka akan mengetahui dirinya. Cukup membuatkan aku gembira.

Tatkala hati ini berduka, lara akan kealphaan, saat dimana aku tidak punya apa, dia laratkan dengan senyumannya, dia bangkitkan semangat yang lama hilang didalamku. Lalu mengapa perlu aku jauh mencari yang lain? sedang dia ada dihadapan mataku, yang sempurna sudah ada ku temui, mengapa perlu aku mengharap yang belum ku miliki?, terpinga akan pertanyaan sendiri. Saat aku sendirian, tidak mengharap apa, ditimbulkan harapan kedalam diriku, buatku kembali tersenyum, hari yang perit, bosan dan gelap kembali cerah. Kembalinya kegembiraan dan keistimewaan didalam hatiku. Ini kali pertama aku perkatakan, aku gembira keranaMU

Buat dia, aku ingin mengenali hati budi.
Lalu senyumlah. Berikan aku suasana seperti dulunya aku rasa gembira.

Saturday, 25 June 2016

#KelabuItuApa

Kelabu,
Warnanya suram, terkadang melambangkan kesunyian. Adanya pula menjadi simbul kesedihan. Barangkali ia selalu digunakan oleh umum bagi melambangkan atau mempamerkan kesedihan, keresahan, tangisan, kesunyian yang acapkali menggambarkan perasaan didalam diri.

Warna,
Memilih untuk menjadi lambang penerimaan ramai pihak, memilih juga untuk diterima masyaratnya dan apa yang ada sekeliling hidupnya. Begitu juga dengan diri kita, siapa yang aku maksudkan?
Sememangnya aku maksudkan ‘Manusia’. Ya manusia, ramainya tidak terkira, melepasi zaman beribu tahunnya, kepercayaan adalah tunggak kewarasan diri. Memilih juga untuk memiliki apa yang zahirnya memberikan kelebihan pada dia, ya dia itu dirinya sendiri.

Kata,
Ungkapan mudah yang menjadi simbol kepada diri dalam menterjemah akal fikiran. Aku sudah lihat, melihat perkataan menjadi jarum dalam perpaduan dan juga besi kemusnahan. Akal menjadi guru, hati menjadi pandunya. Namun apakah ia cukup untuk menafsirkan kisah dari diri, warna yang menjadi titik permulaan corak hidup. Ya, kata juga yang menjadikan setiap noktah berhenti kembali berlangsung, menjadikan tanda soal menjadi serunya, dan menjadikan pertanyaan manusia itu anugerah ilmu.

Cerita,
Telah ada disuatu masa, ceritanya perjuangan silam akan kebebasan perhambaan. Dimana kaum dianggap kurang tonanya adalah bawahan selama, bawahan dicipta dan bawahan juga kelahiran hingga statusnya biasa digelar perosak sentiasa. Dengarlah kisah mereka berjuang, perjuangannya yang gah dengan niat membebaskan manusia dari genggaman durjana. Namun, apakah perjuangan mereka seminit dua? Sebentar sentiasa? Apakah mereka berhenti meminta? Haknya kah yang sentiasa tiada? Atau perjuangan turun temurun mereka sudah tidak lagi bersama? Tidak oh tidak saudara/saudari ku. Pertelingkahan sentiasa ada, sepanjang zaman dan masa sentiasa menjadi pemerhatinya, pencatat sejarah warisan mereka.

Berubah,
Berubah atau perubahannya hanya satu, hanya satu. Warnanya berbeza, berlainan dari yang wajarlah dilaksana, emosi menjadi realiti penafsir diri. Dalam berkeadaan sukar, ia merubah suasana, yang dinginnya cuaca didalam gelap menjadi cerahnya cahaya sinaran mentari. Bila difikirkan, begitu banyak yang belum diubah, apakah ia termasuk sifat diri? Perubahan dalam tuntutan ilmu?atau fahaman yang menjadi gubahan kepercayaan antara manusia?, dimana sifatnya kita berubah?. Jika melihat suasana, begitu sedih, begitu gelisah akan tenatnya bangsa itu.

Ya bangsa itu adalah kita, bertelingkah sepertinya kita dewasa sedang kita hanya memusnahkan diri tanpa disedari. Apakah palsu perjuagan dalam berideologi?menjanjikan segala sesuatu itu baginya kepada semua?memikirkan kiranya dialah berjuang rata dan tepat pada masa. Kamu lupa, perjuangan berubah itu adalah keatas diri dan kepada diri juga masyarakat bias mengubah apa yang kurang dan tidak jelas bermula dari apa yang terdekat dengan mereka iaitu “AKAL dan AKHLAK”. Maka penipuan apa lagi yang belum diperjelaskan?

-Buatmu suram, itu kelabu.

Kau Siapa?

Kau tiada apa, duit atau harta. Kau sendiri bila sakitnya dirimu, kau tiada apa melainkan kudrat termampu. Berjuta kali pun kau meminta, tiada mata yang memandang, kesemuanya bersahaja dalam mengenali dirimu. Tiada yang peduli akan latarbelakangmu, tiada yang mengasihi. Kau tiada apa dalam mata manusia, bahkan hanyalah kau itu sebagai nama pada mata masyarakat, namanya untuk dipanggil dan dicetak dalam minda tertentu. Sahabat mungkin adanya juga. Namun, pendek sahaja pertolongan saat kau memerlukan dan beralih mata kearah bukan dari dirimu.

Kau bisa menjadi hina, malahan kau sentiasa terhina. Saat kau cuba mendapat pandangan orang supaya lebih baik, ianya tiada. Tiada yang mempedulikannya, bagi mereka, kau tidak lain, hanyalah penganggu masa mereka, pembuang kebaikan diri mereka. Dimata manusia, kau tiada apa. Kau siapa?

Individu mentah sepertiku ini menginginkan status dewasa, namun alaf dunia itu jauh lebih mencabar, kau nekad untuk dilihat umum, dibantu mereka. Namun mereka menyangka kau hanya membuang waktu, membazir kudrat mereka. Lain lagi ada yang perlu difikirkan lebih dari dirimu, kau tiada apa melainkan sepertinya gambar yang diletakkan disisi dinding, perhiasan bersahaja tanpa ada kegunaan lainnya sebagai tatapan mata. Sekali lagi aku bertanya, kau siapa?

Lalu kau merubah fikiran untuk biar tiada yang diumum lihat akan keadaan mu. Kau biar sakitnya dirimu itu hanyalah ubat untuk kamu, kau biar mereka, kau biarkan. Hanya yang dilihat adalah senyuman kesakitan yang pabila diungkap, memiliki kesakitan lebih mendalam. Kau pada dasarnya memerlukan sokongan dari kelilingmu, namun apa yang dilihat, kau jalan berseorangan dan tidak lainnya kau sendirian. Tiada layu sedih dari perasaan timbul, kerananya mereka menganggap kau adalah kotor, dan seorang peganggu besar dalam masyarakat, penganggu hati dari lain orang, dan pastinya tidak layak bergelar dalam status manusia. Kau siapa?

Tidaklah aku diiktiraf akan kerana diriku, tidaklah aku dipilih dek kerana aku ini tidak disukai ramai, aku biarkan, aku biarkan. Aku terus tersenyum besar, bagainya aku memendam dalam akan kesedihan itu. Sedih? Jauh sudah aku ungkapkan sebagai gambaran hati, jauh juga sebagai status manusia yang memiliki perasaan. Memikirkan ada yang peduli, ahh jauh sekali. Memikirkan ada yang bertanya keadaan kamu? Ahh tidak sekali. Kau siapa? Sendiri berjalan diatas muka bumi ini, tiada yang menjadi penting dalam hidup mu dek kerana tiada yang mahu menjadi penting dalam hatimu. Sekali lagi aku berkata, kau sendiri.

Tiadalah tempat untuk kau mengadu kasih, sedih, duka, resah, dan kerisauan yang sering kali kau alami. Nyata yang kau pilu dalam perkara ini. Lalu apa yang diinginkan hatimu? kemenangan? ketenangan?, tidaktidak. Apa yang kamu perlukan adalah pemerhatian dari mereka yang kau anggap penting dalam hidupmu. Kasih mereka boleh sahaja datang dan pergi, akan tetapi bukan hati mereka, boleh sahaja kamu membelainya dan menjaganya dan itu juga berkemungkinan berlaku kalau tidak dasar keadaan dirimu.

-Kau Siapa? ya Aku Manusia yang memerlukan sayang dari kamu.
-Ditulis dari pilu.

Tuesday, 26 April 2016

Puisi dalam melodi: Perasaan atau Hati



Aku sedar,
diri ini banyak meminta
banyak juga menyatakan
perasaan aku pada dia

seakan akan aku meminta dikembalikan
kisah cinta yang pernah kau lukiskan
yang pernah kau tuliskan
yang pernah kau ceritakan

namun,
aku leka
kerna kesan perasaan aku pada dirinya
aku terlena

saban hari aku mempersoal diri ku
menutup tirai perasaan
bahkan berkata tidak atas perasaan
ketahuilah

aku hanya menipu diriku,
aku hanya menutup perasaan hati ini
aku hanya membiarkan ia tergantung begitu sahaja
aku membiarkan dia tinggal tanpa melafazkan rasa ini

aku yang biarkan
tanpa membincangkan soal itu
tanpa aku ketahui, cinta itu mula terhasil darinya
mula tercipta dalam setiap lafaz kata ku ini

tanpa aku sedar, aku telah jatuh cinta,
namun aku kalah,
kalahnya dalam mempercayai perasaan hati
kalahnya juga kerana keegoan diri


namun ketahuilah, aku memerlukan diri mu sebagai ganti perasaan dihati.

Puisi dalam melodi: Penyakit Cinta



Saat
awal perkenalan,
Kau pamerkan wajahmu
Kau tunjukkan sifatmu
Kau ukirkan nama mu dipintu kotak hati

Kau bermain dengan kata mu
Ketahuilah
Aku menyukainya
Aku juga terpesona

Hati aku tertawan akan kejelitaan senyuman yang kau pamerkan
Tertawan akan pesona perasaan yang dilempar oleh kau
Aku menyatakan keatas diriku ini,
Apakah perasaan atau nafsu yang merangkak didalam hati

Apakah yang menyelubungi diri ku ini adalah aku?
Atau hanya tanggapan ku apabila bertemu dirimu?
Tidakkah juga perasaan ini mainan sejenak?
Maka kejutkanlah aku

Biarkan aku bangun
Biarkan aku membuka kembali pintu hati
Untuk aku mencintai diri mu
Tanpa ada halangan nafsu

Biarlah aku memilih halal sebagai jalan
Agar perasaan ini terbuka memberinya
Maka, biarlah aku menyinta
Tanpa aku berkata

Biarlah aku melafazkannya
Tatkala kau cuba melepaskan diri ku
Biarlah aku berkata
Hati ini ada satu

Hanya diletakkan pada mu sebagai ukiran hati
Untuk aku simpan didalam peti perasaan
Sepertimana tersimpannya berlian didalamnya
Biarlah aku menyatakan

Apakah masih sempat aku melafazkan?

Cinta halal dalam perasaan?

Monday, 25 April 2016

Puisi Dalam Melodi: Mengenal Erti


Duhai diri, apakah masih kau terlena dibuai hati?
Ataupun kau belum cukup tidurnya di persinggahan mimpi?

            Duhai diri, ketahuilah akan musibahmu yang menimpa
Tiap kali kau melafazkan cinta dari hati
Ia menjadi suatu nostalgia pahit akibat keterlaluannya

            Duhai diri, saat kau berkata manis sambil melebarkan senyuman
Ketahuilah hati ini menangis perpisahan
Perpisahan yang mati dibuai perasaan
Perasaan yang hilang ditelan lafaz
Hilangnya juga kejujuran tatkala hati berbicara

            Duhai hati, aku cuba untuk letakkan perasaan itu dalam ungkapan pertama
Namun, tirai kasih menutupi kotak hati dari cinta
Menutupi juga singgahsana persengketaan dan perasaan yang menimbul

            Apakah kau tahu duhai kekasih,
Saat kau berkata untuk aku menjauhkan,
Aku cuba mendekatkan
Sedang didalam tangis aku ketawa
Sedang didalam ketawa aku berduka
Hati itu dihiris melihat kau ada kedua

            Aku biarkan, senyuman itu aku lemparkan
Akan tetapi apakah kau tahu,
Senyuman yang kau lemparkan padaku menjadikan hati ini kembali bersinar
Senyuman itu juga menjadikan yang panas kembali sejuk kedinginan
Menjadikan juga hari itu kembali bermakna

            Ketahuilah wahai sang pemilik senyuman,
Aku terkedu akan kewujudan mu,
Aku terpesona akan kejadian mu,
Aku jatuh cinta akan keistimewaan mu

Ketahuilah wahai kekasih yang bernama wanita.


Puisi dalam melodi: Hati yang luka

Ada pertamanya aku melihat dirimu
Mata ini berkaca delima
Terpesona akan keanggunannya
Tertarik akan caranya
Terleka akan keistimewaannya

Ada kala aku menipu dirimu dengan tidak berkata apa
Namun pada hakikatnya aku memerhati cara dan tuturnya
adanya juga aku tidak mengambil perihal diri

Tidak itu tidak,
Aku melihat kamu dalam pelbagai sudut hati
Lalu aku terdiam
Aku terdiam

Tatkala kau melemparkan senyuman lain dariku
Kau menyoal selain dari aku
Kau ketawa lain dari diri aku

Aku mengerti,
Kau hanya menganggap aku bersahaja mengenali mu
Tatkala kau merasa sedih dan duka
Kau merasa tiada yang pedulikannya

Namun ketahuilah,
Disaat kau tiada apa
Akulah yang menyapa
Akulah yang merasa keperitan tiada

Saat itu juga lafaz perasaan ini terasa jauh untuk menggapai
Terlalu jauh untuk mengharap,
Namun, terlalu dekat untuk mempercayainya
Lalu kau beredar melangkah pergi

Meninggalkan jasad ini keseorangan
meninggalkan segala nostalgia pengenalan
Melelahkan hubungan yang terjalin
Melonggarkan tali yang telah lama aku eratkan

Dengan tunduknya aku,
Aku beredar,
Dengan lemahnya aku
Aku mengalah

Aku lelah,
Lelahnya diri ini melepaskan
Aku penat, penatnya berkata
Penat juga menyapa